Skip to main content

Posts

Apakah itu?!

Lima tahun lalu.....sekitar penghujung tahun 2013...Aku masih ingat lagi jam menunjukkan jam 1030 pagi. Hari apa aku dah lupa, yang pasti anak aku Adib yang bersekolah di Big Apple bersekolah pada hari itu. Aku berasa tidak sihat seperti hari-hari sebelumnya, semenjak aku jatuh sakit aku memang tidak keluar rumah apatah lagi menjejakkan kaki ke luar pagar rumah. Mujur aku ada pembantu rumah yang boleh menguruskan semua urusan rumah tangga. Aku tidak berdaya atau mampu membuat apa-apa kerana 'serangan' akan berlaku pada bila-bila masa bahkan awal pagi sekali pun. Badan aku menjadi kurus semenjak aku ditimpa sakit misteri kira-kira dua bulan sebelumya. Masih aku ingat lagi, pagi itu aku duduk berehat di porch rumah sambil memerhatikan pokok bunga yang ditanam di sekitar situ. Husband aku duduk di sebelah aku sambil menghisap rokok senyap tidak berkata apa-apa. Aku tengok pokok bunga di situ satu-persatu dari jauh. Aku terpandang pada satu pokok berdaun hijau yang tidak pernah ak
Recent posts
Sekian lama aku menimbang untuk menulis di dada blog atau aku simpan saja sendiri ‘apa’ yang berlaku kepadaku dari awal dan sehinggga hari ini. Apa yang membataskan aku untuk menulis adalah diri sendiri, masa dan juga apa komen di luar sana yang mungkin menganggap aku mereka-reka cerita ataupun mungkin aku dicop gila!..... Ermm…aku perlu bercerita dan meluahkan supaya dada dan fikiran aku tidaklah mampat dengan benda-benda yang menghantui aku saban hari. Sebenarnya aku tidak minta pun jadi benda begini dalam hidup aku tapi ia hadir tiba-tiba setelah aku jatuh sakit yang maha hebat. Aku akan ceritakan satu-persatu bagaimana hal deria ke-enam ini menjadi sebahagian dalam hidup aku. Siapa Aku?....aku seorang anak yatim dari sebuah keluarga yang serdahana. Arwah bapak aku membesarkan aku serta empat beradik yang lain. Aku anak ke lima iaitu yang bongsu. Memori tentang arwah mak aku tidak banyak apa yang aku tahu arwah meninggal disebabkan lelah atau asma. Aku membesar dengan keadaan y