Lima tahun lalu.....sekitar penghujung tahun 2013...Aku masih ingat lagi jam menunjukkan jam 1030 pagi. Hari apa aku dah lupa, yang pasti anak aku Adib yang bersekolah di Big Apple bersekolah pada hari itu. Aku berasa tidak sihat seperti hari-hari sebelumnya, semenjak aku jatuh sakit aku memang tidak keluar rumah apatah lagi menjejakkan kaki ke luar pagar rumah. Mujur aku ada pembantu rumah yang boleh menguruskan semua urusan rumah tangga. Aku tidak berdaya atau mampu membuat apa-apa kerana 'serangan' akan berlaku pada bila-bila masa bahkan awal pagi sekali pun. Badan aku menjadi kurus semenjak aku ditimpa sakit misteri kira-kira dua bulan sebelumya. Masih aku ingat lagi, pagi itu aku duduk berehat di porch rumah sambil memerhatikan pokok bunga yang ditanam di sekitar situ. Husband aku duduk di sebelah aku sambil menghisap rokok senyap tidak berkata apa-apa. Aku tengok pokok bunga di situ satu-persatu dari jauh. Aku terpandang pada satu pokok berdaun hijau yang tidak pernah ak...
Kisah di blog ini adalah kisah benar dan ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku lihat,rasai dan hadapi setiap hari...Dinasihatkan berlapang dada dalam membaca kisah di blog ini.... Dilarang copy paste atau plagiat kisah-kisah dari blog ini tanpa izin dari penulis!