Lima tahun lalu.....sekitar penghujung tahun 2013...Aku masih ingat lagi jam menunjukkan jam 1030 pagi. Hari apa aku dah lupa, yang pasti anak aku Adib yang bersekolah di Big Apple bersekolah pada hari itu. Aku berasa tidak sihat seperti hari-hari sebelumnya, semenjak aku jatuh sakit aku memang tidak keluar rumah apatah lagi menjejakkan kaki ke luar pagar rumah. Mujur aku ada pembantu rumah yang boleh menguruskan semua urusan rumah tangga. Aku tidak berdaya atau mampu membuat apa-apa kerana 'serangan' akan berlaku pada bila-bila masa bahkan awal pagi sekali pun. Badan aku menjadi kurus semenjak aku ditimpa sakit misteri kira-kira dua bulan sebelumya. Masih aku ingat lagi, pagi itu aku duduk berehat di porch rumah sambil memerhatikan pokok bunga yang ditanam di sekitar situ. Husband aku duduk di sebelah aku sambil menghisap rokok senyap tidak berkata apa-apa. Aku tengok pokok bunga di situ satu-persatu dari jauh. Aku terpandang pada satu pokok berdaun hijau yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Entah mengapa tiba-tiba perasaan mual dan kurang senang dengan pokok itu.
"Pokok apa tu?"aku tanya suamiku. "Pokok senduduk.Nape?" Aku mendengus tak selesa. Seperti yang diceritakan kepada aku semula, menurut suami aku, selepas aku bertanyakan tentang pokok senduduk itu mulut aku mula terkumat-kamit bercakap seorang diri tanpa tahu butir bahasa apa yang aku cakapkan.
Selang 5 minit kemudian suami aku mula perasan perut aku mula mengembung kemudian mengempis sementara kepalaku mula memusing ke kiri dan kanan. Mata aku mula memutih berkedip-kedip berkali-kali dan dalam keadaan tidak sedarkan diri, seperti diceritakan oleh suamiku bahawa aku mula merangkak dan mengesot di pengkaran rumah sambil menjerit sesekali mengilai dengan kuat. Kebetulan ada postman datang menghantar surat turut terkaku melihat aku mengesot keluar. Begitulah keadaan aku apabila setiap kali serangan rasukan berlaku. Tidak mengira masa dan tempat. Itulah yang suamiku hadap saban hari semenjak aku ditimpa penyakit perut busung, yang peliknya kata suamiku jika perut aku mula mengempis maka rasukan akan berlaku. Ia berlaku lagi dan lagi kadang-kadang aku akan keletihan dan akan kehausan sebaik sahaja aku sedar dari rasukan.
Rasukan pagi itu adalah merupakan yang terakhir rupanya, kerana selepas kejadian aku mengesot,mengilai di pengkarangan rumah di pagi hari, aku terus tidak sedarkan diri hampir sejam. pada masa itu aku rasa seperti tidur yang nyenyak dan lena yang amat panjang. Sebaik sahaja aku sedar dan membuka mataku, keadaan lebih mengejutkan dari apa yang suamiku mahupun aku sendiri sangkakan.....apa yang berlaku sebaik sahaja aku membuka mataku itu adlah lebih ngeri dari apa yang berlaku pada diri aku saban hari. Aku terperanjat melihat tiga susuk mahkluk berdiri besar di depanku. aku menjerit dan melompat ke atas sofa yang aku baring sebelumnya. Aku menjerit memanggil suamiku tapi disahut oleh pembantu rumahku. Suamiku tiada kerana keluar mengambil Adib di tadika bersama sepupunya,Yop. Aku segera mencapai handphone dan terketar-ketar memberitahu suamiku tentang mahkluk di depanku itu. Mahkluk itu tidak berganjak. Aku menjerit memanggil anak sulungku dan bibik supaya berada di sisiku dan membacakan ayat kursi kuat-kuat. Pun begitu mahkluk-mahkluk itu tidak berganjak malah mundar-mandir di depanku.
Aku ingat lagi aku menyuruh bibik mengambil kertas dan pensil lalu aku melakarkan rupa mahkluk di depanku. Mereka bertiga. Satu, lehernya kurus dan panjang menggalah sambil rambut panjang tutupi mukanya mencecah lantai. Yang kedua, mukanya hodoh, badannya membongkok seprti terlalu tua,berbaju putih kotor malah lusuh dan sangat buruk. Aku tidak sanggup memandang mukanya. Buruk! Yang ketiga, seperti berselubung, tinggi dan besar hingga mencecah siling ruang tamu. mukanya kosong tiada bermata mahupun mulut. Aneh betul mahkluk yang ketiga itu!... Aku menjerit menunding ke arah makhluk-makhluk itu kepada bibik dan anak sulungku. Aku cakap ada hantu mereka terkial-kial. Bibik pula mula takut dan aku nampak dia mula menggigil sambil membaca ayat-ayat di ulutnya. Mungkin takut melihat aku seperti tidak siuman sambil menjerit-jerit dan menekup muka kerana tidak mahu melihat wajah buruk makhluk-makhluk itu.
Saat itu aku rasa macam mimpi tapi bukan mimpi. Aku pejam mata berkali-kali dan membuka mata dan tetap makhluk-makhluk itu di situ mundar-mandir di depanku seperti tahu aku bisa melihat mereka. Aku berlari naik ke bilik atas dan menutup mataku dengan bantal sambil berdoa dalam hati makhluk itu tiada. Tapi...ia tetap di situ. Aku tidur kepenatan.... Bermulalah episod baru dalam hidup aku yang sebelum ini aku normal dan aman sangat aku rasakan. sekarang semuanya berubah....Pandangan mataku sudah tidak seperti dulu....aku kini mempunyai deria ke-enam! Pasrah!
Comments
Post a Comment