Sekian lama aku menimbang untuk menulis di dada
blog atau aku simpan saja sendiri ‘apa’ yang berlaku kepadaku dari awal dan
sehinggga hari ini. Apa yang membataskan aku untuk menulis adalah diri sendiri,
masa dan juga apa komen di luar sana yang mungkin menganggap aku mereka-reka
cerita ataupun mungkin aku dicop gila!.....
Ermm…aku perlu bercerita dan meluahkan supaya
dada dan fikiran aku tidaklah mampat dengan benda-benda yang menghantui aku
saban hari. Sebenarnya aku tidak minta pun jadi benda begini dalam hidup aku
tapi ia hadir tiba-tiba setelah aku jatuh sakit yang maha hebat. Aku akan
ceritakan satu-persatu bagaimana hal deria ke-enam ini menjadi sebahagian dalam
hidup aku.
Siapa Aku?....aku seorang anak yatim dari
sebuah keluarga yang serdahana. Arwah bapak aku membesarkan aku serta empat
beradik yang lain. Aku anak ke lima iaitu yang bongsu. Memori tentang arwah mak
aku tidak banyak apa yang aku tahu arwah meninggal disebabkan lelah atau asma. Aku
membesar dengan keadaan yang serdahana, tidak punya ramai kawan rapat dan aku
selalu membuat hal sendiri tanpa melibatkan orang lain. Aku dilahirkan seperti
orang lain, normal!... Aku tidak dilahirkan bersama deria ke-6, diringkaskan
cerita…aku dapat melihat kelibat-kelibat mahkluk halus ini setelah aku sakit
misteri sekian lama. Bagaimana dan apakah puncanya akan aku susulkan kisah itu
kemudian.
Bukan mudah untuk aku membiasakan diri dengan ‘mata
baru’ini….sudah lima tahun aku menjalani kehidupan bersama pemandangan baru
ini. Kalau dulu aku selalu menyumpah diri kerana menyesali dan mempersoalkan
mengapa aku yang dapat melihat mahkluk-mahkluk dan alam ghaib ini?mengapa tidak
orang lain sebab aku tidak pernah ada keinginan untuk explorasi alam ghaib ini.
Aku mahukan hidup normal seperti manusia lain yang sukses dengan kehidupan mereka.
Hmmm….memamng setiap hari aku menyesali dan tertanya-tanya mengapa aku?!
Comments
Post a Comment